Myspace Glitter Text

Thursday, August 27, 2009

Berbuka Puasa Di Restoran D'Thahara


Jumaat minggu Pertama Puasa 27/8/2009 berbuka puasa di Restoran D'Thahara bersama Abg Lee. Ok Jugak lah Masakannya

Monday, August 24, 2009

Kurma


Sunat berbuka puasa dengan Kurma, tadi aku beli kurma di Surau opis aku dari Tunisia...membeli sambil bersedekah...

Hari ni berbuka Makan Kurma Tunisia.. :)

Malang Tidak berbau

Sebelum

Selepas Kemalangan


seminggu sebelum Puasa atau lebih tepat lagi 14/8/2009 pada hari Jumaat, my Cousin terlibat dalam satu kemalangan yang agak mengerikan di Senawang dalam perjalanannya ke Melaka, menurut ceritanya, kereta berpusing dan melanggar pembahagi jalan lalu terjunam di dalam gaung... tengok sajalah gambar di atas, sudah tentu anda memikirkan pemandunya parah ataupun mati, inilah keajaiban yang Maha Esa, Alhamdulillah.. Pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan malah tidak ada sedikit pun luka.

Thursday, August 20, 2009

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarrak



Kepada pembaca serta tetamu yang datang ke sini saya ucapkan selamat menjalankan Ibadah Puasa, gunakanlah bulan yang mulia ini untuk beribadat sebanyak mungkin, kerana tahun akan datang kita belum tentu bertemu Ramadhan lagi

Monday, August 17, 2009

1st Game SPURS vs LIVERPOOL * 2-1






Title hopefuls Liverpool suffered defeat in their first game of the new Barclays Premier League campaign as Sebastien Bassong scored on his debut in a 2-1 victory for Tottenham at White Hart Lane.

Thursday, August 13, 2009

Mencegah H1N1



Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.
Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

SELAMAT MENCUBA, Mencegah lebih baik dari Mengubati

Jintan Manis
Original article from http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html

Monday, August 10, 2009

Selamatkan Penyu


Pledge Your Support!

Dulu aku pernah makan telur penyu, tapi sekarang tidak lagi kerana penyu semakin pupus terutama penyu belimbing, yang masih banyak cuma buah belimbing, penyu antara binatang yang ajaib kerana bertelur mengikut kitaran perjalanannya, bersama-samalah kita penyokong usaha murni pihak2 yang ingin meyelamatkan telur2 penyu ni, di sebabkan dia bertelur sangatlah banyak so dia terpaksalah tinggal di tepian pantai, tak bolehlah melekat mcm manusia yang boleh di bawa ke hulu ke hilir..thee.heee, kalau orang rampas telur tuh mcmana? marah tak? haa samalah macam penyu, jgnlah sembarangan saja ambik...sekiranya tidak membiak maka generasi akan datang tak kenal dah penyu.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Nissan Car Pictures. Powered by Blogger