Myspace Glitter Text

Monday, June 29, 2009

Bersiar-siar Di Melaka

Melaka Night, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari dan Sekitar Muara

A Farmosa Waterworld




Promosi Melaka lah pulak, Yer lah ada orang komplen asyik Kedah Jer...

Planning mula nak ke Terengganu hantar anak buah masuk UITM, dah booking penginapan, seronoklah mereka2 yang tumpang nak hantar tuh sambil berjalan, tiba2 last min, Shuhada buat rayuan tukar kat UITM Shah ALam apa yg ada kat sana..hihihihi, semua yang nak ikut tak der mood kerana terlepas ke Ganu...mau tak mau bawak lah diorang Ke Melaka oklah jugak janji jalan....Kitaorang lepak kat Jafmanurin Home stay Appartment 3 bilik yang agak selesa..thanks to En.Jafri di atas layanannya, Malam pegi jalan Bandar Melaka, nampaknya Melaka ni dah berubah maklumlah lama tak kesana...tapi kena siapkan duit pasal semua benda kat melaka ni jadi duit..pandai sungguh kerajaan Negeri melaka yer buat duit..naik River Cruise, menara Taming sari..lihat permandangan Negeri melaka Malam memang indah dengan Cahaya lampu-lampu yang terang benderang, patutlah di gelar Bandaraya Bersejarah...keesokan harinya balik Singgahlah pula di A farmosa waterworld........bayaran masuk amboi cukup lumayan, orang tua RM 40 manakala kanak2 RM 35, oleh kerana Paksedara yang ajak kena lah support Semua RM 300 aduhh kopak-kopak...Pandai sungguh depa berniaga noo...

Saturday, June 27, 2009

Suatu Ketika Bermain Futsal

Friendly match bersama Bank Islam, Tewas tapi dapat jugak menjaringkan gol, lihatlah pemain berbaju Jersi Spurs meraikan gol Kedua...

Friday, June 26, 2009

Masjid Zahir Alor Setar


Thursday, June 25, 2009

Tuan Haji Muhammad Arif Bin Haji Ishak


Pengasas Kampungku dan Tokoh Agama Tersohor

Tuan Haji Muhammad Arif dilahirkan di Kampung Sungai Nonang, Mukim Tebengau, daerah Kota Star pada tahun 1871. Tuan Haji Muhammad Arif mendapat pendidikan agama peringkat awal daripada bapanya Haji Ishak. Ketika berusia tujuh tahun, beliau belajar agama dengan Haji Muhammad Alim di Kampung Sungai Nonang. Tuan Haji Muhammad Arif menunjukkan kebolehan menguasai dengan tepat setiap pelajaran yang diajar.

Pada tahun 1890, beliau ke Mekah untuk mendalami ilmu agama dengan dibiayai segala perbelanjaan oleh Haji Muhammad Alim. Semasa di Mekah, beliau berguru dengan Sheikh Abdul Qadir di Masjidil Haram mengikuti pelajaran Fiqah, Tauhid, Usuluddin, Tasawuf, Hadis, Tafsir dan sebagainya.

Selepas sepuluh tahun menuntut ilmu di Mekah, beliau pulang ke tanahair pada tahun 1900 iaitu ketika beliau berusia 30 tahun. Beliau dikatakan mempunyai beberapa kelebihan yang luarbiasa seperti tidak basah dalam hujan, boleh berjalan atas air dan pakar dalam bidang falak. Pada tahun 1901, beliau telah mengambil alih pusat pendidikan pondok yang diasaskan oleh Haji Muhammad Alim di Sungai Nonang. Manakala Haji Muhammad Alim pula lebih menumpukan perhatian terhadap pusat pendidikan pondok yang dibukanya di Tasek Junjung, Pulau Pinang. Pusat pendidikan di Sungai Nonang itu berkembang dengan pesat dan menjadi masyhur di seluruh Kedah sewaktu ditadbir oleh Haji Muhammad Arif.

Kegiatan mengajar di Sungai Nonang merupakan peranan awal beliau mengembang ajaran Islam selepas pulang dari Mekah. Memandangkan pertambahan jumlah pelajar menggalakkan Tuan Haji Muhammad Arif membina lebih banyak pondok kediaman pelajar, sebuah madrasah dan sebuah masjid di Kampung Sungai Nonang.

Sebagai seorang yang pakar dalam ilmu falak, Tuan Haji Muhammad Arif pakar tentang kaji cuaca. Beliau sentiasa membuat kajian cuaca sebelum ke laut untuk menentukan keadaan tenang dan bebas daripada ancaman ribut taufan. Beliau juga banyak mengajar ilmu mempertahankan diri kepada nelayan-nelayan bagi menghadapi serangan lanun, mengelak kehilangan arah di laut serta mengajar cara-cara untuk memperolehi hasil tangkapan yang banyak. Beliau juga pernah berdebat dengan seorang ahli falak British di Tanah Melayu mengenai tarikh kejadian gerhana bulan dan beliau dapat meneka dengan tepat. Ini menyebabkan beliau amat dipercayai oleh Sultan Abdul Hamid dan dipertanggungjawabkan menentukan tarikh awal Ramadhan dan awal Syawal.

Pada tahun 1914, Tuan Haji Muhammad Arif membawa anak-anak muridnya daripada daerah Kota Star, Yan, Gurun, Sik, Seberang Perai dan Pulau Pinang berhijrah ke Ayer Puteh dekat Pendang. Beliau bertanggungjawab meneroka kampung tersebut dan memberi nama kampung Ayer Puteh. Pusat pendidikan pondok Kampung Ayer Puteh menjadi pusat ilmuan Islam yang penting antara tahun 1914 hingga tahun 1929. Ramai cendekiawan Islam lahir daripada pondok itu seperti Ahli Parlimen Sik, Dr. Abdul Hamid Othman; Haji Ahmad Badawi (bapa kepada Dato' Abdullah Ahmad Badawi); Hj. Fauzi Hj. Mustaffa, guru Pondok Yan Kechil; Hj Azizan Hj Mustaffa, pengasas Sekolah Agama Al Fallah di Kampung Perlis, mukim Kangkong; dan lain-lain lagi. Sultan Abdul Hamid yang memerintah Kedah antara tahun 1881 hingga tahun 1943 juga merupakan salah seorang murid Tuan Haji Muhammad Arif.

Tuan Haji Muhammad Arif adalah seorang yang pemurah dan beliau telah membina sebuah gudang besar di rumahnya untuk menyimpan barang-barang makanan. Sifat itu membuatkan beliau amat dikasihi oleh orang ramai. Walaupun beliau telah lama meninggal dunia, namun jasa dan sumbangannya tetap dikenang. Di atas jasa-jasa beliau, sebuah sekolah telah diberi nama Sekolah Kebangsaan Haji Muhammad Arif di Kampung Ayer Puteh Dalam. Selain itu, masjid yang terdapat di kampung tersebut juga diasaskan oleh beliau.

Rujukan:~

Biografi Ulama Kedah Darul Aman. Alor Star : Muzium Negeri Kedah


Tuesday, June 23, 2009

Balut membalut, bungkus membungkus..

Kerja- kerja membungkus Stingray baby, inilah Cup Golf yang belum dituntut oleh tuan empunya, dah lama sangat terbiar, barulah nak datang ambik, nasib ada Amar yang memang rajin balut membalut ni....rajin-rajinlah sebelum diri terbalut...dan yang Tolong gunting tuh saper erkk, kalau masuk jejak kasih tentu sedara dia dapat Cam tahi lalat tuh..hee.hee siapa lagi kalau bukan Puan Zalina. Rajin noo...dah buat Arrow sebesar tuh..last2 sekali dah siap balut tak tau yang mana kepala dia, main bantai jer tuh...Eksyen jer lebih, jangan nanti tuan dia bukak..tertanggal Globe Labuan Re tuh, mau dia panggang Stingray tuh..hee.hee

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Friday, June 19, 2009

Lunch Dept


Semalam we all satu dept pegi Lunch dekat Marche the Curve, menu yang aku pilih adalah Sirloin Steaks.ok lah boleh tahan lah sedap. sempat lagi berposing kat sana hee.heee, biasalah En.Amar sebagai Photographer, satu gambar jer sempat ambik yang lain excited cari makanan lupa nak bergambar, lapar sungguh mereka ya..ermmm

Monday, June 15, 2009

Bersantai Di Glory Beach resort Port Dickson


Siapakah gerangan ini yang merenung jauh menanti jatuhnya matahari, apakah yang di fikirnya???






Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Nissan Car Pictures. Powered by Blogger