Myspace Glitter Text

Saturday, March 26, 2011

Sesungguhnya Kau Yang Maha Esa

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Kadang-kadang jika nak di pikirkan, kita ni tahu dosa pahala tapi tak pernah ada rasa bersalah jika tak buat sesuatu yang wajib kita lakukan sebagai orang Islam, nak kata Islam warisi turun temurun pun ya jugak. bila time seronok hilang semua batasan, Allahuakhbar malunya aku jika di teliti perjalanan hidup ini adakah diterima Allah menjalar di buminya tanpa rasa bersalah. update Status macam-macam menda yang baik-baik, tapi aku sendiri ikut ker? Adoiii di mana harus aku cari titik untuk menjadi insan yang terbaik? Tak mahu jadi bila Time susah dan Stress Barulah ingat Allah...bermusim-musim jadinya, apa guna mengejar kehidupan dunia semata-mata tapi akhirat satu pun tiada bekalan. Ya Allah gerakkan Hati aku untuk kembali ke jalan yang engkau janjikan kekal abadi.

Ya Allah

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu

Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu


Amin..

Friday, March 25, 2011

Mutiara kata

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan

Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia

Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan

Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik

"Kawan setia sukar dicari tetapi apabila kamu sudah menjumpainya, pastikan kamu tidak kehilangannya."

"Sebaik-baik berfikir ialah memikirkan tentang kebaikan orang terhadap kita dan kejahatan kita terhadap orang."


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Nissan Car Pictures. Powered by Blogger