Myspace Glitter Text

Thursday, August 23, 2012

1,000 anggota keluarga Tuan Guru Muhammad Arif berhimpun

1,000 anggota keluarga Tuan Guru Muhammad Arif berhimpun

21 Ogos 2012
1,000 anggota keluarga Tuan Guru Muhammad Arif berhimpun
Kira-kira 1,000 ahli keluarga Muhammad Arif Ishak berkumpul pada Majlis Perhimpunan Keluarga Tuan Guru Muhammad Airf hari ini. - Foto Bernama
PENDANG - Kira-kira 1,000 anggota keluarga Muhammad Arif Ishak, seorang ulama yang penting dalam pembangunan Islam di Kedah, berkumpul hari ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara keturunan ulama itu.
  
Muhammad Arif (1871-1941) yang berasal dari Sungai Nonang, Alor Setar merupakan seorang tokoh ulama terpenting di negeri ini dan juga merupakan guru agama kepada Sultan Kedah ke-25, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
  
Pengerusi penaja majlis tersebut, Mohamad Azoddin, 60, berkata perhimpunan itu yang melibatkan generasi kedua hingga kelima telah dirancang sejak 20 tahun lepas bagi mengumpulkan semua ahli keluarganya yang datang dari pelbagai negeri.
  
Katanya program ini merupakan kali pertama dianjurkan dan ia akan berterusan setiap tahun bagi memberi peluang kepada ahli keluarga lain yang tidak dapat hadir pada hari ini.
  
"Kita masih berusaha untuk menjejaki ahli keluarga lain dan mengumpul mereka pada satu majlis bagi mengenang jasa yang telah dilakukan mengembangkan Islam oleh datuk moyang mereka," katanya kepada pemberita pada perhimpunan itu.

Beliau menjemput semua ahli keluarganya menerusi laman sosial Facebook, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menghadiri perhimpunan tersebut. 
  
Mohamad berkata pada hari raya Aidiladha yang tiba tidak lama lagi, ahli jawatankuasa himpunan keluarga tersebut juga merancang untuk mengadakan perhimpunan seumpama ini di salah sebuah pondok pengajian yang diwujudkan datuknya itu.
  
Ahli perniagaan itu berkata berkata pihaknya akan melakukan ibadah korban di pondok tersebut bagi membolehkan semua ahli keluarga dapat menyertainya di samping dapat melakukan gotong royong.
  
Muhammad Arif mempunyai sembilan anak hasil perkahwinan dengan isterinya Zawiyah Muhd Alin dan kesemua anaknya telah meninggal dunia.
  
Muhammad Arif membina beberapa pondok pengajian agama Islam antaranya di tempat kelahirannya di Sungai Nonang (1901), Ayer Putih, Pendang (1915), Titi Serong, Yan (1930)dan Pekan Atap, Gurun (1934).
  
Mohamad, yang juga cucu kepada anak ketujuh Muhammad Arif, berkata selain arif dalam ilmu Islam, datuknya juga mempunyai kepakaran dalam ilmu kaji cuaca dan selalu membuat kajian cuaca agar nelayan di Sungai Nonang ke laut untuk mencari ikan bebas dari ancaman ribut taufan.
  
Beliau berkata selain itu datuknya juga pernah berdebat dengan seorang ahli falak British di Tanah Melayu mengenai tarikh kejadian gerhana bulan dan beliau dapat meneka dengan tepat.
  
Ini menyebabkan beliau amat dipercayai oleh Sultan Abdul Hamid dan dipertanggungjawabkan menentukan tarikh awal Ramadan dan awal Syawal.
  
Muhammad Arif meninggal dunia pada tahun 1941 kerana sakit tua. - Bernama

Sumber:- Sinar Harian

Saturday, August 18, 2012

Salam Eidulfitri

Selamat beraya Dan bercuti kepada kawan-kawan sekalian;
Semoga menyambut syawal dengan penuh kecerian dan kebahgaian;
jika ada salah dan silap bahasa kita besar hati saling bermaafan;
Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita Amin.

Wednesday, August 8, 2012

Pintu Khusus untuk orang puasa

Dari Sahal Bin Sa'ad r.a, Katanya Rasulullah Saw bersabda :
"Di dalam syurga ada sebuah pintu yang disebut Ar-Rayyan. Orang-orang yang diperkenankan masuk ke syurga itu pada hari kiamat kelak hanyalah orang-orang puasa, sedangkan yang lain-lainnya tidak diperkenankan. Mereka akan dipanggil,
"Hai orang-orang puasa! Maka masuklah mereka melalui pintu itu"  Setelah orang yang terakhir masuk, pintu itu segera dittutup dan dikunci sehingga yang lainnya tidak dapat melaluinya" ( Muslim 1119 )
Dari Abu Hurairah r.a, Katannya Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa menafkahkan dua perkara pada jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari beberapa pintu syurga. Wahai Hamba Allah! Inilah kebaikan!
Maka siapa yang mengerjakan solat ia akan dipanggil dari pintu solat; siapa yang ikut berperang dia akan dipanggil dari pintu jihad; siapa yang puasa dia akan dipanggil dari pintu rayyan, dan siapa yang bersedekah, dia akan dari pintu sedekah"
Kata Abu Bakar, "Aku tebus engkau dengan Bapak dan Ibuku, Hai Rasulullah! Tiadalah satu kesukaran bagi orang-orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu, dan adakah seseorang dipanggil dari pintu-pintu itu semuanya?" ( Bukhari 931 )
Jawab Nabi saw, " Ya , dan aku mengharapkan supaya engkau termasuk dalam golongan mereka itu"
Dijauhkan dari neraka 70,000 musim
Dari Abu Said Al-Khudri ra, katanya Nabi Saw Bersabda :
 " Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70,000 musim"
Hidup Insan umpama dalam perjalanan. Semakin bertambah usia kita, akan semakin kurang umur kita dan semakin dekatnya kita kepada kematian. Sungguh kita akan menghadapi kehidupan selepas mati. Kita akan menghadapi kehidupan di padang masyhar. Haus, lapar, sakit dan tiada kematian lagi selepas itu. Kita akan dihisab dan menerima balasan. Semua manusia akan menghadapi tidak kira samada beriman atau tidak, muslim atau tidak. Dunia dan alam ini seluruhnya adalah milik Allah azza wajalla. Sungguh Allah swt ada mengurniakan pahala bagi mereka yang beramal dengan ikhlas kerananya. Mematuhi perintah dan larangan Allah itu akan membawa kita kepada kehidupan yang baik selepas mati. Apalah gunanya wang berjuta tetapi nikmatnya hanya sebentar. Anugerah Allah itu adalah lebih besar dan lebih besar dari segunung emas. Jadikan kekayaan kita di dunia ini untuk beramal dan nilaian amalan itu adalah kekayaan kita selepas mati. Berpuasalah jika belum berpuasa, bersolatlah jika belum bersolat, bersedekahlah jika belum bersedekah, berzakatlah jika belum berzakat. Tutuplah aurat jika belum menutupnya. Allah swt telah menyediakn pintu-pintu syurga khusus bagi orang-orang yang melakukan amalan yang diperintahkan untuk memasukinya. Rebutlah selagi usia masih ada. Jangan tetipu dengan tipudaya syaitan manusia dan jin. Tetapkanlah pendirian dan tetapkanlah azam.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Nissan Car Pictures. Powered by Blogger