Myspace Glitter Text

Wednesday, August 11, 2010


Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi


Friday, July 30, 2010

SHAREHOLDER'S DAY, KL HILTON











Sunday, July 25, 2010

Finally I'm Champion




Monday, July 12, 2010

My best Friend

Wednesday, June 30, 2010

Fac Lunch at 5th Floor Canadian Pizza muahhh



Tuesday, June 29, 2010

Waka Waka Wei eii



Piala dunia Kali ini penuh dengan suka dan duka, kuasa-kuasa besar bolasepak akhirnya pulang hampa, finalis edisi lalu sangat mengecewakan apabila pulang awal kerana tidak melepasi peringkat kumpulan, manakala England pula di tunjuk jalan keluar oleh musuh tradisi Germany semalam, sekarang sedang berlangsung antara Brazil Vs Chile, kedudukan semasa 1st half Brazil mendahului 2-0, berehat sebentar sambil update sementara menanti 45min berikutnya, mutu pengadilan kali ini di tahap membimbangkan, England dan Mexico menjadi mangsanya, harap FIFA akan mengunakan teknologi di masa hadapan. Uruguay,Germany, Argentina dan Belanda telah mengesahkan tempat untuk laluan berikutnya, Japan adalah satu-satunya bendera Asia yang masih berkibar, bersama-samalah kita nantikan apakah nasibnya nanti. Banyak negara South America yang mara kemungkinan besar Piala dunia kali ini di bawa pulang ke South America. Itu cuma Ramalan heheeeh...

Friday, June 25, 2010

15th Annual Golf Tournament










Friday, June 4, 2010

Demam World Cup Bermula


This is the stadium where the match is played
I still choose Italy as the team selection this edition despite criticism they appear as weak team is not like 2006

Match Shedule Download here:-
matchschedule_.pdf

Seluruh dunia akan terarah ke Africa selatan kerana akan bermulanya kejohanan Bolasepak yang terulung di dunia. Sukar untuk meramalkan siapakan yang akan keluar sebagai juara, Team Pilihan aku kalah pula Friendly semalam, So team manakan akan menjadi Pilihan anda edisi kali ini. Harapan kita semua semoga kita di sajikan dengan Perlawanan yang menarik abad ini dengan kelasnya yang tersendiri buat julung Kalinya berlaku di Benua Afrika.


Lama tak Update blog ni, tiba-tiba World Cup pula dah nak start tak berapa lama lagi masa bergerak sungguh pantas, ramai yang komplen tak aktif dah blog ni so kenalah gagahi juga walaupun Idea kering atas sebab2 kesihatan, ewahh ni kononnya dah sehat ke buat2 sehat pun tak taulah.

Wednesday, June 2, 2010

Lunch time




Sunday, April 11, 2010

Emergency

Di kejarkan ke Gleneagles Intan Medical Centre, maafkan daku kawan2 kalau aku tak sempat sambung entry ni.........Doakan kesihatanku.

Tuesday, April 6, 2010

Seloka Final FA Cup Sang Kenari Vs Sang Rusa



Kat Bawah ni Perjalanan Ketika separuh akhir, Cian Penyu kena latu Kepala ngan Sang Kenari...Adesss Penyu ni Binatang Kesayangan Ku sebonarnya, Tapi nak Masuk Final punya Pasal Ado Den Kesahhh..Sobar Jang gilaran ekau akan tibo..


Saturday, March 27, 2010

matikan peralatan elektrik selama 1 jam


Bumi semakin panas dan cuaca semakin tidak menentu, kempen satu jam mungkin mengubat sedikit Bumi kita yang kepanasan, sama-sama kita menjayakan kempen ini bermula jam 8.30Keep Our Earth Smile

Monday, March 8, 2010

Rindu setengah Mati


Aku sangat merinduimu,
Kau adalah penyuluh Hidupku
Kau adalah semangatku
kau adalah pembimbingku
kau adalah tempat aku mengadu

kau adalah harta yang tidak ternilai ku Miliki
tidak pernah bosan melayan karenahku
kau adalah manusia yang tabah
menempuh segala Dugaan
kekuatanmu mengajarku erti Kehidupan
kau adalah cetusan mindaku

Kini kau Sudah Tiada Lagi
Aku sangat merinduimu
Kau sentiasa Di hatiku
Tiada Kata yang dapatku ungkapkan
hanya Doa mengiringimu
Oh Ibu Oh Ibu kaulah Cinta Hatiku
Semoga Kau di tempatkan Di Kalangan Orang yang beriman.
Hanya Itu yang dapat aku berikan padamu
Kasih sayang dan belaianmu tidak Dapat ku balas.

Coretan dari Anakmu, Ku Pohon Allah menyampaikan Amin.

Tuesday, February 16, 2010

Pedas, Port dikson & sepang Goldcoast


Perjalanan membuatku mengingati kenangan Lampau, kenangan membuatku lebih matang, kenangan tidak pernah membuatku berduka, mengajar erti ketabahan. aku lebih menghargai kenangan terindah dalam Hidupku, malah aku akan mendoakan sesiapa saja yang pernah bersamaku dalam suka dan duka, itulah sifat semulajadi yang ada dalam diriku.

Tuesday, February 9, 2010

Manusia Oh Manusia

Lumrah manusia apabila dalam kesusahan atau dalam kesedihan maka dia akan merintih untuk diberi perhatian, apa semua tuh? adakah hanya untuk melepaskan segala bebannya, sukar untuk menilai manusia serta keperibadian seseorang sebenarnya.

Manusia pandai melepaskan kata-kata tapi tak bisa melunaskan apa yang di keluarkan, sifat mementingkan diri sendiri punca manusia itu hidup dalam keluh kesah dan akhirnya tidak tenteram dek kelakuan serta cara hidupnya sendiri.

Manusia tidak konsisten dalam mengatur hidupnya, maka sifat tidak konsistennya dalam segala perjalanan hidup akan berterusan dan segala impiannya tidak akan tercapai, yang tercapai hanyalah angan-angannya kosong saja

Manusia tidak pernah puas apa yang di milikinya, maka sifat tamak dan haloba akan menghantuianya, segala hajat hanya membuahkan emosi yang tidak rasional yang akhirnya memakan diri

Manusia suka menyalahkan orang lain setiap kekacauan yang tidak mengenakkan terjadi pada diri atau pada lingkungan sendiri, maka selalu mencari-cari kesalahan orang lain untuk menutup sifat-sifat buruk

Sabarlah melayani karenah manusia, kerana anda juga adalah manusia yang tidak terlepas melakukannya. Hidup penuh dengan dugaan adakala suka adakala duka. silih berganti itulah perjalannanya, suka atau tidak itulah hakikatnya.

Hargailah orang lain, maka orang lain juga akan menghargaimu hargailah usaha orang lain, apalagi untuk kebaikan banyak orang, nescaya cahaya akan menerangi hidup anda..Insyaallah.

**Tiada Kena mengena pada mereka hidup mahupun yang dah mati, hanya untuk pesanan pada diri sendiri.

Malam tadi tiba-tiba ada Idea untuk menulis.

Sunday, February 7, 2010

Badminton club new shirt sponsor

Saturday, January 30, 2010

Bali Lives In My Heart








Thursday, January 21, 2010

Workshop 2 days From 20-21 Jan 2010

Organize by GLLC, Melia hotel Kuala Lumpur

Sunday, January 17, 2010

Pandan height Badminton Championship 2010

Aksi jumping Smash

Bob dengan gayanya

Yus satu2 wakil mara ke Final

Ini partner aku, kami terkandas peringkat kumpulan

Raket baru STERN 100

Aksi final

Bersama Rem, juara 2008/2009




Minuman tajaan..Extra Joss


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Nissan Car Pictures. Powered by Blogger