Myspace Glitter Text

Tuesday, March 31, 2009

Jauhi Sifat Terkutuk


Bayangkanlah saudara Ku sekalian Jika Kita membuat penganiayaan sesama Insan...Renung-renungkanlah

Hadith tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.

Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut, lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. Nabi SAW bersabda dan maksudnya: "Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang: “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah:"Ya! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala.” (Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadith ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Lulu`Wal Marjan–Hadis 1447)


2 comments:

Yati WTL said...

sabar jelah kan...

nazkha said...

hee.heee sabarlah nih..


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Nissan Car Pictures. Powered by Blogger