Myspace Glitter Text

Monday, June 29, 2009

Bersiar-siar Di Melaka

Melaka Night, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari dan Sekitar Muara

A Farmosa Waterworld




Promosi Melaka lah pulak, Yer lah ada orang komplen asyik Kedah Jer...

Planning mula nak ke Terengganu hantar anak buah masuk UITM, dah booking penginapan, seronoklah mereka2 yang tumpang nak hantar tuh sambil berjalan, tiba2 last min, Shuhada buat rayuan tukar kat UITM Shah ALam apa yg ada kat sana..hihihihi, semua yang nak ikut tak der mood kerana terlepas ke Ganu...mau tak mau bawak lah diorang Ke Melaka oklah jugak janji jalan....Kitaorang lepak kat Jafmanurin Home stay Appartment 3 bilik yang agak selesa..thanks to En.Jafri di atas layanannya, Malam pegi jalan Bandar Melaka, nampaknya Melaka ni dah berubah maklumlah lama tak kesana...tapi kena siapkan duit pasal semua benda kat melaka ni jadi duit..pandai sungguh kerajaan Negeri melaka yer buat duit..naik River Cruise, menara Taming sari..lihat permandangan Negeri melaka Malam memang indah dengan Cahaya lampu-lampu yang terang benderang, patutlah di gelar Bandaraya Bersejarah...keesokan harinya balik Singgahlah pula di A farmosa waterworld........bayaran masuk amboi cukup lumayan, orang tua RM 40 manakala kanak2 RM 35, oleh kerana Paksedara yang ajak kena lah support Semua RM 300 aduhh kopak-kopak...Pandai sungguh depa berniaga noo...

1 comments:

jafri said...

"thinking of melaka, always remember melaka".

terima kasih kerana memilih jafmanurin's homestay sebagai destinasi persinggahan anda semasa berada di melaka. gambar anda sekeluarga akan di upload ke blog kami secepat yg mungkin. insyallah. saya akan meletakkan anda di ruangan link, diharap anda juga begitu. :)


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Nissan Car Pictures. Powered by Blogger