Myspace Glitter Text

Thursday, August 23, 2012

1,000 anggota keluarga Tuan Guru Muhammad Arif berhimpun

1,000 anggota keluarga Tuan Guru Muhammad Arif berhimpun

21 Ogos 2012
1,000 anggota keluarga Tuan Guru Muhammad Arif berhimpun
Kira-kira 1,000 ahli keluarga Muhammad Arif Ishak berkumpul pada Majlis Perhimpunan Keluarga Tuan Guru Muhammad Airf hari ini. - Foto Bernama
PENDANG - Kira-kira 1,000 anggota keluarga Muhammad Arif Ishak, seorang ulama yang penting dalam pembangunan Islam di Kedah, berkumpul hari ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara keturunan ulama itu.
  
Muhammad Arif (1871-1941) yang berasal dari Sungai Nonang, Alor Setar merupakan seorang tokoh ulama terpenting di negeri ini dan juga merupakan guru agama kepada Sultan Kedah ke-25, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
  
Pengerusi penaja majlis tersebut, Mohamad Azoddin, 60, berkata perhimpunan itu yang melibatkan generasi kedua hingga kelima telah dirancang sejak 20 tahun lepas bagi mengumpulkan semua ahli keluarganya yang datang dari pelbagai negeri.
  
Katanya program ini merupakan kali pertama dianjurkan dan ia akan berterusan setiap tahun bagi memberi peluang kepada ahli keluarga lain yang tidak dapat hadir pada hari ini.
  
"Kita masih berusaha untuk menjejaki ahli keluarga lain dan mengumpul mereka pada satu majlis bagi mengenang jasa yang telah dilakukan mengembangkan Islam oleh datuk moyang mereka," katanya kepada pemberita pada perhimpunan itu.

Beliau menjemput semua ahli keluarganya menerusi laman sosial Facebook, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menghadiri perhimpunan tersebut. 
  
Mohamad berkata pada hari raya Aidiladha yang tiba tidak lama lagi, ahli jawatankuasa himpunan keluarga tersebut juga merancang untuk mengadakan perhimpunan seumpama ini di salah sebuah pondok pengajian yang diwujudkan datuknya itu.
  
Ahli perniagaan itu berkata berkata pihaknya akan melakukan ibadah korban di pondok tersebut bagi membolehkan semua ahli keluarga dapat menyertainya di samping dapat melakukan gotong royong.
  
Muhammad Arif mempunyai sembilan anak hasil perkahwinan dengan isterinya Zawiyah Muhd Alin dan kesemua anaknya telah meninggal dunia.
  
Muhammad Arif membina beberapa pondok pengajian agama Islam antaranya di tempat kelahirannya di Sungai Nonang (1901), Ayer Putih, Pendang (1915), Titi Serong, Yan (1930)dan Pekan Atap, Gurun (1934).
  
Mohamad, yang juga cucu kepada anak ketujuh Muhammad Arif, berkata selain arif dalam ilmu Islam, datuknya juga mempunyai kepakaran dalam ilmu kaji cuaca dan selalu membuat kajian cuaca agar nelayan di Sungai Nonang ke laut untuk mencari ikan bebas dari ancaman ribut taufan.
  
Beliau berkata selain itu datuknya juga pernah berdebat dengan seorang ahli falak British di Tanah Melayu mengenai tarikh kejadian gerhana bulan dan beliau dapat meneka dengan tepat.
  
Ini menyebabkan beliau amat dipercayai oleh Sultan Abdul Hamid dan dipertanggungjawabkan menentukan tarikh awal Ramadan dan awal Syawal.
  
Muhammad Arif meninggal dunia pada tahun 1941 kerana sakit tua. - Bernama

Sumber:- Sinar Harian

Saturday, August 18, 2012

Salam Eidulfitri

Selamat beraya Dan bercuti kepada kawan-kawan sekalian;
Semoga menyambut syawal dengan penuh kecerian dan kebahgaian;
jika ada salah dan silap bahasa kita besar hati saling bermaafan;
Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita Amin.

Wednesday, August 8, 2012

Pintu Khusus untuk orang puasa

Dari Sahal Bin Sa'ad r.a, Katanya Rasulullah Saw bersabda :
"Di dalam syurga ada sebuah pintu yang disebut Ar-Rayyan. Orang-orang yang diperkenankan masuk ke syurga itu pada hari kiamat kelak hanyalah orang-orang puasa, sedangkan yang lain-lainnya tidak diperkenankan. Mereka akan dipanggil,
"Hai orang-orang puasa! Maka masuklah mereka melalui pintu itu"  Setelah orang yang terakhir masuk, pintu itu segera dittutup dan dikunci sehingga yang lainnya tidak dapat melaluinya" ( Muslim 1119 )
Dari Abu Hurairah r.a, Katannya Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa menafkahkan dua perkara pada jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari beberapa pintu syurga. Wahai Hamba Allah! Inilah kebaikan!
Maka siapa yang mengerjakan solat ia akan dipanggil dari pintu solat; siapa yang ikut berperang dia akan dipanggil dari pintu jihad; siapa yang puasa dia akan dipanggil dari pintu rayyan, dan siapa yang bersedekah, dia akan dari pintu sedekah"
Kata Abu Bakar, "Aku tebus engkau dengan Bapak dan Ibuku, Hai Rasulullah! Tiadalah satu kesukaran bagi orang-orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu, dan adakah seseorang dipanggil dari pintu-pintu itu semuanya?" ( Bukhari 931 )
Jawab Nabi saw, " Ya , dan aku mengharapkan supaya engkau termasuk dalam golongan mereka itu"
Dijauhkan dari neraka 70,000 musim
Dari Abu Said Al-Khudri ra, katanya Nabi Saw Bersabda :
 " Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70,000 musim"
Hidup Insan umpama dalam perjalanan. Semakin bertambah usia kita, akan semakin kurang umur kita dan semakin dekatnya kita kepada kematian. Sungguh kita akan menghadapi kehidupan selepas mati. Kita akan menghadapi kehidupan di padang masyhar. Haus, lapar, sakit dan tiada kematian lagi selepas itu. Kita akan dihisab dan menerima balasan. Semua manusia akan menghadapi tidak kira samada beriman atau tidak, muslim atau tidak. Dunia dan alam ini seluruhnya adalah milik Allah azza wajalla. Sungguh Allah swt ada mengurniakan pahala bagi mereka yang beramal dengan ikhlas kerananya. Mematuhi perintah dan larangan Allah itu akan membawa kita kepada kehidupan yang baik selepas mati. Apalah gunanya wang berjuta tetapi nikmatnya hanya sebentar. Anugerah Allah itu adalah lebih besar dan lebih besar dari segunung emas. Jadikan kekayaan kita di dunia ini untuk beramal dan nilaian amalan itu adalah kekayaan kita selepas mati. Berpuasalah jika belum berpuasa, bersolatlah jika belum bersolat, bersedekahlah jika belum bersedekah, berzakatlah jika belum berzakat. Tutuplah aurat jika belum menutupnya. Allah swt telah menyediakn pintu-pintu syurga khusus bagi orang-orang yang melakukan amalan yang diperintahkan untuk memasukinya. Rebutlah selagi usia masih ada. Jangan tetipu dengan tipudaya syaitan manusia dan jin. Tetapkanlah pendirian dan tetapkanlah azam.

Wednesday, July 25, 2012

Berpuasa mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W

Sedikit maklumat untuk di kongsi.. Berpuasa mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W

  1. Nabi Muhammad S.A.W melarang umatnya berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba Ramadhan kerana diragui Hari Syak (sama ada 30 Syaaban atau 1 Ramadhan).
  2. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur.
  3. Makanan berbuka Nabi Muhammad S.A.W adalah dalam jumlah  yang sedikit; hanya dengan beberapa biji buah kurma dan air kosong (untuk kesihatan), kemudian baginda mendirikan solat Maghrib (pada awal waktu).
  4. Tidak meninggalkan sahur, sekalipun hanya dengan seteguk air kosong kerana  Allah dan para Malaikat memohon rahmat kepada orang yang bersahur.
  5. Bersugi atau menggosok gigi ketika berpuasa iaitu sebelum tergelincir matahari dan selepasnya.
  6. Suka beribadat di bulan Ramadhan melebihi bulan-bulan yang lain.
  7. Membaca  al-Quran di bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan Al-Quran. (ia diturunkan pada 17 Ramadhan).
  8. Sentiasa bersifat pemurah di bulan Ramadhan dan selalu bersedekah.
  9. Berjihad dalam bulan Ramadhan di mana terdapat beberapa peperangan besar dalam bulan ini.
  10. Mengeluarkan zakat fitrah di akhir Ramadhan iaitu sebelum dan dekat dengan solat Hari Raya.

Saturday, July 21, 2012

Muslimin dan Muslimat Semoga Ramadan Tahun ini bertambah keberkatan.

 


Maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.

Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepada‐Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.

Tuesday, July 10, 2012

Ramadhan Semakin menghampiri

 Rasanya baru sahaja Ramadhan meninggalkan kita, kini ia tiba lagi, Syukur kerana kita dapat bertemunya sekali lagi, bersiap sedialah anda untuk memperbanyakkan ibadat di Bulan ini, ruginya kalau melepaskan begitu sahaja.

MUQADDIMAH
Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah

Monday, June 11, 2012

Hebat Juga Italia Semalam.

Spanyol Terkejut dengan Kehebatan Italian Job separuh Masa Pertama Semalam., Kemampuan Italy luar biasa Walaupun dikejutkan dengan Scandal rasuah sebelum bermulanya Euro. Mentality mereka selalu pasukan yang berpengalaman amat digeruni lawan berdsarkan prestasi mereka semalam.

Wednesday, May 30, 2012

Deman Euro Bermula Lagi.....

Bahang Euro semakin terasa kan...cepat je rasa, tahun ni ok lah EPL stop sambung Euro, korang sokong team mana? aku biasalah tetap dengan team Itali, team lain???? apa celoppp Hahahaha

Monday, March 26, 2012

Jalan2 di Lowyat




Thursday, March 22, 2012

Semua Tak puas hati Pasal Amah

Sibuk sekarang pasal 1 Amah satu Kerja, aku nak cadangkan kerajaan beralih arah cari Amah di Eastern europe seperti Croatia, Ukrain, Romania, Bulgaria, Albania Dll, yang mata biru, hijau, coklat Magenta bagai, ambik terbeliak biji mata laki-laki semua, bukan setakat Rm700 malah lk-2k semua kaum lelaki setuju aku rasa hahaha. Masa tu barulah laki semua rajin nak kedapur, tolong masak ke bilik air tolong mandi anak, tolong mandi amah dan macam2 huhu, silap2 rajin lah Mc. El semua, so amacam si isteri dirumah setuju ke? hahahaha

Sunday, March 18, 2012

Renungan

Lelaki yang layak menjadi
SUAMI ialah, lelaki yang
tidak mementingkan
NAFSUnya, tetapi dia
mengUTAMAkan
tanggungjawabnya sebagai
KHALIFAH (pemimpin).

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Memperingati dan membesarkan Maulidurrasul dengan selawat, membaca kisahnya, merupakan perantaraan kepada mencintai nabi dan mencintai Allah. “ Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan sekelian manusia.” ( al-Hadis ). Firman Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, jika sekiranya kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu.” (Ali-Imran:31)

Thursday, February 2, 2012

★ LELAKI ★ஜ PEREMPUAN ஜ

★ LELAKI ★
♥ susah utk difahami tapi senang memahami ツ
♥ susah utk menyayangi tapi mudah utk mencintai ツ
♥ susah utk memarahi tapi mudah menegur ツ
♥ susah utk setia tapi mudah bertahan ツ
... ♥ susah utk menangis tapi mudah tersentuh ツ

ஜ PEREMPUAN ஜ
✿ senang dipujuk tapi susah utk memujuk ツ
✿ senang moody tapi susah nak mengamuk ツ
✿ senang berleter tapi susah nak marah ツ
✿ senang jatuh hati tapi susah nak mencintai ツ
✿ senang menangis tapi susah utk derita ツ
✿ senang dimengerti tapi susah nak difahami ツ

LELAKI umpama API + PEREMPUAN umpama LILIN = Menceriakan kehidupan sesebuah pasangan ツ
kalau takde lilin..api x menyala ツ
kalau takde api..lilin x menyala ツ

CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA..
bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama..
cinta kerana WANG, sangat mudah TERBANG..
ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG..
cinta kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT..
manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT..
cinta kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI..
rasa cinta yang TIADA MATI..
bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI..

WAHAI LELAKI

Ambil lah KUNCI ini dan
─▄▀▀█▀▀▄
▐▌ BUKA ▐█▄▄█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
▐█▄───▄██▀▀█▀▀▀▀▀█▀█▀▀
─▀██▄██▀────────█▀█▀█ Pintu Hati Wanita Pilihan Kamu..

Kemudian,
●●●► Beranikan Diri Pergi Ke rumah Ibubapa Dia,

_____████████████
____███████████████
__██████████████████
█████████████████████
_█_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ «-- Jumpa Ibubapa dia kat dalam rumah tu
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ dan minta izinlah untuk jadikan anak
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ mereka sebagai permaisuri di hatimu..
_█__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ █ __✿ ✿
_█__█████_____________ █___(\\|/)
_____________██ _____________██

Wednesday, February 1, 2012

Hanya Allah maha mengetahui

Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..
Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..
Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..
Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..

Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU..semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati & KETAQWAANNYA, insyaAllah…♥♥

♥ KESILAPAN adalah GURU untuk kita PELAJARI …
♥ KESILAPAN adalah CERMIN untuk kita PERHATI …
♥ KESILAPAN adalah MUSUH untuk kita JAUHI …
♥ KESILAPAN adalah MIMPI untuk kita RENUNGI …
♥ KESILAPAN adalah KESESATAN untuk kita TIDAK ULANGI …
dan
=>Dengan KESILAPAN kita belajar erti KEJAYAAN
=>Dengan KESILAPAN kita belajar erti KESABARAN
=>Dengan KESILAPAN kita belajar erti KECEKALAN
=>Dengan KESILAPAN kita belajar erti KEBENARAN
=>Dengan KESILAPAN kita belajar erti KEBERANIAN
=>Dengan KESILAPAN kita belajar erti SEBUAH KEHIDUPAN

Tuesday, January 31, 2012

JODOH tu rahsia ALLAH..

JODOH tu rahsia ALLAH..

☻♥ ☻
/█\ /█\
.||. ||.
...
ツ SEKUAT mana kita setia
ツ SEHEBAT mana kita merancang
ツ SELAMA mana kita menunggu
ツ SEKERAS mana kita bersabar
ツ SEJUJUR mana kita menerima

ツ.. •.♥• Jika ALLAH Tidak Menulis JODOH Kita Bersama dia..
Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥• ..

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar dan akan bertemu PADA WAKTUNYA.. InsyaAllah ♥




❤ Jangan marah saat ada yang MENGHINA, doakan hinaan berbalik menjadi KEMULIAAN.
❤ Jangan marah saat ada yang MEMBENCI, doakan kebencian menjadi KASIH SAYANG.
❤ Jangan marah saat ada yang MENYAKITI, doakan sakit itu berubah menjadi KEBAHAGIAAN.
❤ Jangan marah saat ada MASALAH, doakan masalah kita menjadi ladang
AMAL yang bermanfaat

Saturday, January 21, 2012

My New Cologne

Hah aku baru beli cologne ni, Fine Cologne, baunya boleh tahan lah menangkap, fruity lah jugak fress, tapi tak lah macam girl punya. Korang pernah tgok??? Ntah lah di KL aku tak pernah jumpa, aku beli dekat website, namanya Carlos Santana, ala Pemain gitar yang hebat tuh...yang fofular lagu Black Magic Woman. Aku memang suka Koleksi Minyak wangi nih, setakat ni ada lah lebih kurang 40 botol termasuk Hadiah dan aku beli sendiri. hehehe...nanti aku Update :)

Sunday, January 15, 2012

HIKMAH

"... Kadang-kadang ALLAH jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita. Dengan itu, berhentilah mengejarnya. Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita dan perlu ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada HIKMAH yang tersirat ..."

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Pesan pada hati....

Jangan terlalu menyayangi.............
kerana bimbang hati akan lebih disakiti....

ORANG yang paling CEPAT dalam MINTA MAAF
adalah 'ORANG YANG PALING BERANI'..

ORANG yang paling CEPAT meMAAFkan adalah
'ORANG YANG PALING KUAT'.. dan

ORANG yang paling CEPATmeLUPAkan
KESALAHAN orang lain adalah 'ORANG YANG
PALING BAHAGIA'..

Sesungguhnya DUHAI HATI ~
Apa jua RINTANGAN dan DUGAAN yang hadir mencalar balar ~
Adalah UJIAN sepanjang KEHIDUPAN ~
Maka TABAH, SABAR, TAQWA, YAKIN dan PASRAH mendepani jalan ~
Seusai DOA, USAHA dan TAWAKAL yang berpanjangan ~
JANGAN PERNAH PUTUS HARAPAN AKAN KASIHNYA: AR-RAHMAN ~

*semoga kita semua adalah org yg kuat,bahgia,n berani..termasuk diriku.. ^___^

~✿..JANGANLAH menjadi WANITA yang suka MENGELUH dan MARAH-MARAH tatkala mendapat DUGAAN dan CUBAAN..jadilah wanita yang sentiasa SABAR dan PASRAH dalam MENCARI PAHALA Allah..✿~

♥>>Wasiat Rasulullah SAW<<♥


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Nissan Car Pictures. Powered by Blogger