Sedikit maklumat untuk di kongsi.. Berpuasa mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W
- Nabi Muhammad S.A.W melarang umatnya berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba Ramadhan kerana diragui Hari Syak (sama ada 30 Syaaban atau 1 Ramadhan).
- Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur.
- Makanan berbuka Nabi Muhammad S.A.W adalah dalam jumlah yang sedikit; hanya dengan beberapa biji buah kurma dan air kosong (untuk kesihatan), kemudian baginda mendirikan solat Maghrib (pada awal waktu).
- Tidak meninggalkan sahur, sekalipun hanya dengan seteguk air kosong kerana Allah dan para Malaikat memohon rahmat kepada orang yang bersahur.
- Bersugi atau menggosok gigi ketika berpuasa iaitu sebelum tergelincir matahari dan selepasnya.
- Suka beribadat di bulan Ramadhan melebihi bulan-bulan yang lain.
- Membaca al-Quran di bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan Al-Quran. (ia diturunkan pada 17 Ramadhan).
- Sentiasa bersifat pemurah di bulan Ramadhan dan selalu bersedekah.
- Berjihad dalam bulan Ramadhan di mana terdapat beberapa peperangan besar dalam bulan ini.
- Mengeluarkan zakat fitrah di akhir Ramadhan iaitu sebelum dan dekat dengan solat Hari Raya.
0 comments:
Post a Comment