- Nabi Muhammad S.A.W melarang umatnya berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba Ramadhan kerana diragui Hari Syak (sama ada 30 Syaaban atau 1 Ramadhan).
- Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur.
- Makanan berbuka Nabi Muhammad S.A.W adalah dalam jumlah yang sedikit; hanya dengan beberapa biji buah kurma dan air kosong (untuk kesihatan), kemudian baginda mendirikan solat Maghrib (pada awal waktu).
- Tidak meninggalkan sahur, sekalipun hanya dengan seteguk air kosong kerana Allah dan para Malaikat memohon rahmat kepada orang yang bersahur.
- Bersugi atau menggosok gigi ketika berpuasa iaitu sebelum tergelincir matahari dan selepasnya.
- Suka beribadat di bulan Ramadhan melebihi bulan-bulan yang lain.
- Membaca al-Quran di bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan Al-Quran. (ia diturunkan pada 17 Ramadhan).
- Sentiasa bersifat pemurah di bulan Ramadhan dan selalu bersedekah.
- Berjihad dalam bulan Ramadhan di mana terdapat beberapa peperangan besar dalam bulan ini.
- Mengeluarkan zakat fitrah di akhir Ramadhan iaitu sebelum dan dekat dengan solat Hari Raya.
Wednesday, July 25, 2012
Berpuasa mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W
Posted by nazkha at 3:07 AM 0 comments
Saturday, July 21, 2012
Muslimin dan Muslimat Semoga Ramadan Tahun ini bertambah keberkatan.
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepada‐Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.
Posted by nazkha at 1:55 AM 0 comments
Tuesday, July 10, 2012
Ramadhan Semakin menghampiri
Rasanya baru sahaja Ramadhan meninggalkan kita, kini ia tiba lagi, Syukur kerana kita dapat bertemunya sekali lagi, bersiap sedialah anda untuk memperbanyakkan ibadat di Bulan ini, ruginya kalau melepaskan begitu sahaja.
MUQADDIMAH
Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah
Posted by nazkha at 12:09 AM 0 comments